Friday, July 24, 2009

WANITA - Amanah untuk LELAKI...

WANITA: Amanah untuk LELAKI…

Jangankan insan biasa...Nabi S.A.W pun terasa sunyi tanpa Khatijah.. tanpa wanita...fikiran dan perasaan mereka menjadi resah masih mencari walau ada segala apa yang tiada di dalam syurga? Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok.. untuk diluruskan oleh lelaki tapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus?

Kerana mereka dijadikan sebegitu rupa, maka didiklah mereka dengan panduan dariNya... jangan cuba jinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka akan semakin liar... jangan hiburkan hati mereka dengan kecantikan nanti mereka akan semakin menderita... tapi kenalkanlah mereka akan zat Allah...zat yang Maha kekal.. di situ punca kekuatan dunia

Akal senipis rambutnya... tebalkanlah ia dengan ilmu.. Hati serapuh kaca... kuatkanlah dengan iman.. Perasaan selembut sutera... hiasilah ia dengan akhlak yg mulia

Suburkanlah ia...kerana disitulah nantinya mereka akan melihat cinta & keagungan Tuhan

Bisikan di telinga mereka... bahawa kelembutan itu bukan kelemahan.. ia bukan diskriminasi dari Rabbul Jalil, melainkan sebagai tanda kasih sayang darinya.. wanita yang lupa akan hakikat kejadiannya pasti tidak akan terhibur dan menghibur tanpa iman, ilmu dan akhlak...

Mereka tidak akan lurus bahkan akan semakin bengkok itulah akibatnya andai wanita tidak kenal penciptanya

Apabila wanita menjadi derhaka pasti dunia lelaki menjadi huru-hara.. lelaki pula jangan mengharapkan ketaatan semata-mata tetapi binalah kepimpinan!

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju tuhannya pimpinlah dirimu kepada Allah...nescaya akan jinaklah segalanya dibawah pimpinanmu...

Jangan mengharap isteri semulia Saidatina Fatimah andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali. Hati ini milik Allah diciptakan oleh Allah untuk mencintai Allah.

No comments:

Post a Comment