Friday, July 24, 2009

WANITA - Amanah untuk LELAKI...

WANITA: Amanah untuk LELAKI…

Jangankan insan biasa...Nabi S.A.W pun terasa sunyi tanpa Khatijah.. tanpa wanita...fikiran dan perasaan mereka menjadi resah masih mencari walau ada segala apa yang tiada di dalam syurga? Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok.. untuk diluruskan oleh lelaki tapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus?

Kerana mereka dijadikan sebegitu rupa, maka didiklah mereka dengan panduan dariNya... jangan cuba jinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka akan semakin liar... jangan hiburkan hati mereka dengan kecantikan nanti mereka akan semakin menderita... tapi kenalkanlah mereka akan zat Allah...zat yang Maha kekal.. di situ punca kekuatan dunia

Akal senipis rambutnya... tebalkanlah ia dengan ilmu.. Hati serapuh kaca... kuatkanlah dengan iman.. Perasaan selembut sutera... hiasilah ia dengan akhlak yg mulia

Suburkanlah ia...kerana disitulah nantinya mereka akan melihat cinta & keagungan Tuhan

Bisikan di telinga mereka... bahawa kelembutan itu bukan kelemahan.. ia bukan diskriminasi dari Rabbul Jalil, melainkan sebagai tanda kasih sayang darinya.. wanita yang lupa akan hakikat kejadiannya pasti tidak akan terhibur dan menghibur tanpa iman, ilmu dan akhlak...

Mereka tidak akan lurus bahkan akan semakin bengkok itulah akibatnya andai wanita tidak kenal penciptanya

Apabila wanita menjadi derhaka pasti dunia lelaki menjadi huru-hara.. lelaki pula jangan mengharapkan ketaatan semata-mata tetapi binalah kepimpinan!

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju tuhannya pimpinlah dirimu kepada Allah...nescaya akan jinaklah segalanya dibawah pimpinanmu...

Jangan mengharap isteri semulia Saidatina Fatimah andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali. Hati ini milik Allah diciptakan oleh Allah untuk mencintai Allah.

Thursday, July 16, 2009

tentang wanita

19 Hadis Nabi S.A.W mengenai wanita.
 
1.       Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
 
2.      Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
 
3.      Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
 
4.      Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
 
5.      Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
 
6.      Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
 
7.      Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
 
8.      Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
 
9.      Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
 
10.   Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
 
11.   Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
 
12.  Aisyah berkata, Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap  wanita? Jawab Rasulullah, Suaminya. Siapa pula berhak terhadap lelaki? Jawab Rasulullah, Ibunya.
 
13.  Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
 
14.  Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang  dan puasanya.
 
15.  Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
 
16.  Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
 
17.  Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
 
18.  Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
 
19.  Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
 
 

Wednesday, July 8, 2009

DIET TIPS!

DIET T‬IPS!
  • Jangan minum SUSU bersama DAGING
  • Jangan makan DAGING bersama IKAN
  • Jangan makan IKAN bersama SUSU
  • Jangan makan AYAM bersama SUSU
  • Jangan makan IKAN bersama TELUR
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  • Jangan minum SUSU bersama CUKA
  • Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

CARA MAKAN:

  • JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
  • TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office...;))
  • JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. BARANGSIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA. Nampak memang sulit tapi kalau tak percaya cubalah. Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek. Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
  • Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion '+' sedangkan dalam ikan mengandung ion '-'. Jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan merosak usus kita.
Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:
  • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
  • Rasulullah S.A.W mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim ialah sejenis alat percerna makanan).
Sama-samalah kita mengamalkannya...